Thursday, January 14, 2016

SAHABAT

Kehadirannya cukup membawa erti buat diriku...
Walaupun perkenalan kami masih baru dan mentah, 
namun pelbagai perkara dah kami lalui bersama. 
Banyak cerita yang dah kami kongsi berdua. 
Rahsiaku rahsiamu dan rahsiamu rahsiaku. 
Tiada jurang antara kami walaupun asal kami berbeza 
namun langkah dan matlamat kami sama. 
Dirinya ibarat guru buat diriku. 
Ilmunya cukup membuatkan aku tergoda. 
Ketegasannya cukup membuatkanku terpesona. 
Kepetahannya berkata-kata cukup membuatkanku terkesima.


Pernah aku terjatuh tapi cepat-cepat dia bangunkan aku. 
Pernah air mataku mengalir tapi cepat-cepat dia sapukan. 
Pernah aku rasa macam nak rebah, tapi cepat-cepat dia pangku. 
Ya Allah, terima kasih atas kehadirannya. 
Akan aku hargai si dia hingga hujung nyawa.


Buat sahabatku_ _ _
kaulah nikmat tak terhingga yang Allah kurniakan buat diriku. 
CAHAYA KEBAIKAN mencerminkan dirimu. 
Moga pantulan cermin itu terkena pada diriku walaupun bukan semua mungkin sedikit. 

Sahabatku,
Perjuangan kita atas baiah setia,
Ilmu dan perjuangan landasan kita,
Walaupun langkah dan nafas kita kadang kala lemah,
Dikau penguat dimedan dakwah

~Iman~

No comments:

Post a Comment